PANDUAN PENGURUSAN HAIWAN TERBIAR

 

Kebajikan haiwan harus diutamakan setiap masa. Ini bermakna bahawa kelima-lima kebebasan perlu diambil kira sebanyak mana yang boleh di kesemua askpek/sudut. 

 

 

 

5 KEBEBASAN:

 

  1. Kebebasan daripada kehausan dan kelaparan
  2. Kebebasan daripada ketidakselesaan (dari persekitaran)
  3. Kebebasan daripada kesakitan, kecederaan dan penyakit  
  4. Kebebasan untuk memperlihatkan tingakah laku / perwatakan yang normal
  5. Kebebasan daripada ketakutan dan penderitaan

 

 

 

Topik:

  1. Pengurusan Berperikemanusiaan di Tempat Kurungan Binatang 2
  2. Penangkapan Anjing                                                                          7
  3. Perlesenan / Peraturan                                                                                  10
  4. Pendidikan / Kesedaran                                                                                12
  5. Eutanasia                                                                                                        14
  6. Kembiri                                                                                                           16
  7. Tuntutan / Adoptasi                                                                                       18

PENGURUSAN BERPERIKEMANUSIAAN TEMPAT KURUNGAN HAIWAN

 

MATLAMAT

Untuk mempraktikkan sikap berperikemanusiaan dari askpek penempatan dan pengurusan haiwan yang ditangkap, memperoleh personel yang berbelas kasihan dan terlatih, untuk mengurangkan penderitaan pada haiwan-haiwan sebelum menjalani eutanasia / penuntutan semula / penempatan semula.

 

 

  1. Personel tempat kurungan haiwan personel tempat kurungan haiwan yang mempunyai perwatakan yang sesuai

                                                               i.      Berbelas kasihan terhadap haiwan

                                                             ii.      Berkemampuan untuk mendidik pemilik haiwan/tuan haiwan atas tanggungjawab pemilikan haiwan

                                                            iii.      Profesional dalam mengendalikan haiwan dan masyarakat awam.

    1. Mesti memakai seragam pada waktu bekerja dan memakai tag pengenalan yang jelas (contohnya, dengan nama yang jelas, gambar terkini dan nama syarikat).
    2. Menjalani latihan dan menghadiri kursus ulang kaji setiap tahun.
    3. Prestasinya dinilai setiap tahun untuk kesesuaian.
  1. Ketibaan
    1. Mempunyai doktor haiwan yang berkelayakan untuk memeriksa kesemua haiwan emasa ketibaan, di mana haiwan yang sihat mungkin diberi vaksin dan kawalan parasit.
    2. Mengasingkan haiwan yang sakit, mengandung, sedang menyusu dan anak anjing atau kucing yang muda.
    3. Kucing perlu diasingkan mengikut jantina. Anjing betina yang sedang berahi mesti diasingkan daripada jantan yang belum dikembiri.
    4. Eutanasiakan haiwan serta-merta/segera jika diperlukan.
    5. Haiwan yang sakit atau cedera mesti dirawat dengan serta-merta/ segera.
    6. Merekodkan jumlah anjing, pengenalan anjing dan tempat yang ditangkap.
  2. Jangka masa
    1. Anjing perlu disimpan di tempat kurungan haiwan selama sekurang-kurangnya 14 hari, melainkan jika;

                                                               i.      Haiwan-haiwan itu perlu dieutanasikan serta-merta/segera

                                                             ii.      Ruang yang terhad

                                                            iii.      Dituntut oleh tuan/pemiliknya

  1. Rutin
    1. Haiwan-haiwan perlu diperiksa setiap hari, oleh doktor veterinar ataupun personel terlatih.
    2. Pemeriksaan harian kandang/kurungan, dan pembaikpulihan apabila diperlukan.
    3. Pembersihan dan disinfeksi berganda setiap hari untuk

                                                               i.      Kandang/kurungan

                                                             ii.      Bekas/Mangkuk makanan dan peralatan

                                                            iii.      Personel

    1. Penyediaan makanan harian dan pemberian makanan kepada haiwan.
    2. Haiwan yang sakit/cedera dirawat sewajarnya, atau dieutanasiakan jika perlu.
    3. Haiwan-haiwan perlu dimandikan, dirapikan dan diberi senaman atau kandang/kurungan diperkayakan (contonya: diberikan permainan/barangan yang boleh digigit) dan untuk anjing-anjing yang sesuai, pensosialan dengan manusia.
    4. Kawalan parasit

                                                               i.      Untuk anjing yang baru masuk atau apabila diperlukan, contohnya: menyahcacing, menyahkutu, menyahsengkenit.

                                                             ii.      Untuk premis, sekurang-kurangnya sebulan sekali

    1. Mengemaskinikan rekod
  1. Penempatan
    1. Yang berikut ialah dimensi kurungan yang minimum:

 

 

Spesies

Luas Kawasan Minimum (Kaki persegi)

Lebar

Minimum

(Kaki)

Ketinggian Minimum

(Kaki)

Bilangan haiwan yang maksimum

Anak anjing (8-16 minggu)

Kurang dari 3kg

Melebihi 3kg

 

 

7 sq ft

7 sq ft

 

 

2

2

 

 

1’ 7”

1’ 7”

 

 

4

2

Anjing Dewasa (ketinggian)

Kurang dari 1’4”

1’4”  to  2’4”

Melebihi  2’4”

 

 

16 sq ft

25 sq ft

36 sq ft

 

 

3

3

3

 

 

6

6

6

 

 

1

1

1

 

    1. Dinding and lantai kandang/kurungan mestilah mudah untuk didisinfeksi/dinyahjangkit
    2. Pastikan kandang/kurungan sentiasa bersih dan kering.
    3. Haiwan mesti dilindungi daripada sinaran matahari terus dan hujan.
    4. Keselamatan dan sekuriti kandang/kurungan untuk mengelakkan kecederaan atau haiwan terlepas.
    5. Pengudaraan yang baik.
    6. Penyaliran yang baik.
  1. Pemberian makanan
    1. Makanan mestilah seimbang dan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk setiap ekor haiwan. Keperluan nutrisi setiap spesies, umur dan keperluan haiwan adalah berbeza. Makanan kering disyorkan.
    2. Hindari daripada menukar makanan yang diberi dengan kerap, kerana mungkin mengganggu perut haiwan.
    3. Gunakan bekas/mangkuk makanan dan air yang tidak akan terjongket dan diperbuat daripada bahan yang kukuh, tahan lasak, dan mudah dibersihkan, contohnya, keluli tahan karat.
    4. Sekiranya beberapa ekor binatang dikurungkan bersama, pastikan kesemua binatang itu mendapat makanan yang mencukupi, khasnya binatang yang lebih submisif.
    5. Air bersih harus disediakan sepanjang masa.
    6. Buangkan makanan yang tidak dihabiskan serta-merta/segera selepas makan.
    7. Bekas/mangkuk dan perkakas harus dibersihkan dengan bahan cuci dan disinfektan jika perlu.
    8. Anjing dan kucing perlu diberi makan sekurang-kurangnya dua kali sehari, anak anjing dan anak kucing harus diberi makan dengan lebih kerap.
  2. Pengasingan
    1. Asingkan haiwan yang baru ditangkap dengan populasi umum sekurang-kurangnya selama 10 – 14 hari. Haiwan yang diasingkan tidak sekali-kali dibenarkan bercampur dengan mana-mana populasi di dalam kawasan kurungan itu.
    2. Haiwan yang ditangkap dari kawasan yang sama boleh ditempatkan di dalam kandang/kurungan yang sama melainkan tiada di antara mereka yang menghidapi apa-apa penyakit berjangkit.
    3. Asingkan anjing atau kucing yang garang ke dalam sebuah kandang/kurungan persendirian.
    4. Asingkan kucing yang berbeza jantina dan anjing betina yang berahi daripada anjing jantan.
    5. Asingkan haiwan yang sakit dan cedera – ke wad untuk mendapatkan rawatan

                                                               i.      Langkah berjaga-jaga perlu dipraktikkan apabila mengendalikan haiwan yang menghidap penyakit berjangkit untuk mengelakkan penyakit itu daripada tersebar.

1.      Dikurung di dalam kawasan yang terasing.

2.      Menggunakan bekas/mangkuk makanan dan perkakas yang berlainan.

3.      Menyahjangkitkan kawasan, peralatan dan personel yang bersentuhan dengan haiwan yang berpenyakit itu atau kawasan pengasingan dengan kerap.

    1. Asingkan anak anjing (4 bulan dan ke bawah), anjing betina yang sedang menyusu dan mengandung.
  1. Pemindahan
    1. Untuk memindahkan haiwan dari satu tempat ke tempat yang lain secara berperikemanusiaan

                                                               i.      Dari kenderaan ke kandang/kurungan

                                                             ii.      Sewaktu kandang/kurungan dibersihkan

                                                            iii.      Ke wad pengasingan

                                                           iv.      Untuk dieutanasiakan

    1. Anjing yang tenang boleh digunakan tali yang dilingkarkan pada leher dan dijalankan ke destinasi.
    2. Anjing yang garang boleh diberikan ubat penenang terlebih dahulu atau menggunakan jaring sekiranya ia bergelut.
    3. Anak anjing harus didukung.
    4. Kucing dan anak kucing mesti diangkat dengan menggunakan sangkar yang sesuai untuk mengelakkan kes kelarian, gunakan sarung tangan dan tuala untuk mengendalikan kucing yang garang atau apabila diperlukan.
    5. Sediakan pintu kolong di antara kandang/kurungan untuk memudahkan pembersihan.
    6. Haiwan yang liar yang tidak biasa dengan manusia haruslah mempunyai mempunyai hubungan yang paling minima dengan manusia. 
  1. Pembersihan
    1. Semua kandang/kurungan harus dibersihkan dengan kerap dan selepas waktu makan, contohnya empat kali sehari.
    2. Gunakan disinfeksi pada kepekatan yang tepat.
    3. Haiwan perlu dikeluarkan sebelum proses pembersihan kandang/kurungan. Juga, keluarkan bekas/mangkuk makanan dan air, permainan dan perkakas boleh alih.
    4. Pastikan lantai dan pintu dibersihkan dengan teliti, dan kesemua disinfektan/bahan cuci dibilas dengan sempurna.
    5. Pastikan kandang/kurungan bersih dan kering sebelum memindahkan semula haiwan-haiwan itu.
    6. Bersihkan mangkuk/bekas makanan dan perkakas dengan bahan cuci atau disinfektan yang selamat.
    7. Untuk menyahjangkitkan/mendisinfek but, pakaian dan tangan personel, khasnya sekiranya mereka terdedah kepada anjing sakit.
    8. Kandang/kurungan harus dibersihkan dengan pestisid yang sesuai untuk mengelakkan sengkenit/kutu, contohnya sekali sebulan, atau sekiranya perlu

                                                               i.      Untuk membersihkan sisa-sisa pestisid sebelum mendedahkan anjing kepada kawasan itu, untuk mengelakkan potensi keracunan

  1. Penyimpanan
    1. Makanan

                                                               i.      Elakkan daripada terdedah kepada haba dan kelembapan

                                                             ii.      Bebas dari makhluk perosak

                                                            iii.      Elakkan pertumbuhan bakteria dan fungus

    1. Dadah/ubat

                                                               i.      Disimpan di dalam cabinet yang berkunci dan dikendalikan oleh doktor veterinar sahaja

                                                             ii.      Penggunaan dadah harus direkodkan sewajarnya

    1. Pestisid/disinfektan

                                                               i.      Jauhi daripada haiwan untuk mengelakkan pendedahan dan keracunan

                                                             ii.      Dikunci dan disimpan sewajarnya

  1. Penyimpanan rekod
    1. Kemaskinikan rekod selalu, seperti:

                                                               i.      Nombor dan Pengenalan haiwan yang dimasukkan ke tempat kurungan haiwan

                                                             ii.      Nombor dan Pengenalan haiwan yang dituntut semula/diadoptasi

                                                            iii.      Nombor dan Pengenalan haiwan yang dieutanasiakan

                                                           iv.      Rekod rawatan

                                                             v.      Pegawai yang bertanggungjawab pada setiap proses

    1. Rekod haruslah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu tahun, untuk meningkatkan keadaan tempat kurungan dan garis panduannya.

PENANGKAPAN ANJING

 

MATLAMAT

Untuk menangkap haiwan yang berkeliaran yang dianggap sebagai gangguan oleh masyarakat atau merampas haiwan yang tidak mematuhi undang-undang; dengan memberikan penekanan pada penangkapan dan pengangkutan yang berperikemanusiaan, demi mengurangkan stres dan kecederaan pada haiwan-haiwan.

 

  1. Personel
    1. Memilih personel penangkap anjing yang mempunyai perwatakan yang sesuai

                                                               i.      Berbelas kasihan terhadap haiwan

                                                             ii.      Mampu mengajar tuan/pemilik haiwan pemeliharaan akan tanggungjawab pemilikan haiwan pemeliharaan.

                                                            iii.      Profesional dalam mengendalikan binatang dan masyarakat awam

    1. Mesti memakai pakaian seragam dan mempamerkan tag nama yang jelas (contohnya, dengan gambar semasa, nama dan nama syarikat) ketika waktu bekerja.
    2. Menjalani latihan dan mengambil kursus ulang kaji setiap tahun.
    3. Kerja menangkap anjing mesti diselia oleh seorang pegawai yang lebh tinggi jawatannya pada setiap operasi poenangkapan anjing.
    4. Jika kontraktor yang membekalkan personel, setiap personel juga mesti mengikuti panduan, dan butir-butiran personel direkodkan oleh setiap majlis perbandaran. Kontrak hendaklah diperiksai semula setiap tahun.
    5. Suatu penilaian tahunan hendaklah dilakukan untuk menilai perkembangan setiap personel.
    6. Butir-butiran personel penangkap anjing hendaklah diserahkan kepada JPH dan diperbaharui setiap tahun. Apa-apa perubahan pada butiran personel atau pertukaran personel, hendaklah dilaporkan kepada JPH dengan segera.
  1. Memasuki kawasan persendirian
    1. Adalah dilarang dan dianggap sebagai pencerobohan.
    2. Adalah perlu untuk mempunyai waran sebelum memasuki kawasan persendirian untuk merampas haiwan yang tidak mematuhi undang-undang.
    3. Pengiring polis diperlukan untuk memasuki kawasan persendirian.
  2. Sempadan
    1. Tempat penangkapan anjing mestilah disahkan oleh pegawai yang lebih tinggi jawatannya.
    2. Anjing yang ditangkap mestilah berada didalam sempadan majlis perbandaran sahaja.
  3. Penangkapan berperikemanusianan

a. Untuk mengurangkan stres dan kecederaan pada haiwan-haiwan pada setiap

    masa

b.      Penangkapan berperikemanusiaan boleh menggunakan:

                                                                                       i.      Jerat/gelung/pemegang

1.      Pemegang yang panjang dengan gelung yang boleh dilaraskan, diperbuat daripada bahan tali yang menyebabkan kecederaan yang paling kurang.

2.      Gelung perlu diletakkan melalui kepala dan diketatkan untuk mengukuhkannya, bukan sehingga setakat mencekiknya.

3.      Anjing harus dijalan perlahan-lahan ke kenderaan/kandang itu, bukannya diseret.

4.      Anjing patut diangkat atau dipimpin masuk ke dalam kenderaan/kandang.

5.      Kaedah ini tidak sesuai untuk kucing.

                                                                                     ii.      Jaring

1.      Jaring diperbuat daripada tali, bersama pemegang besi dan gelung.

2.      Haiwan dijerat di dalam jaring dan jaring dililit sekeliling anjing untuk menghadkan pergerakannya.

3.      Haiwan boleh diangkat bersama jaring itu. 

4.      Jaring mesti dibaiki apabila koyak.

5.      Harus berhati-hati agar tidak mencederakan haiwan dalam proses menjaring.

                                                                                    iii.      Jerat

1.      Jerat haruslah selamat digunakan oleh pengendali, masyarakat awam dan haiwan-haiwan.

                                                                                   iv.      Damak

1.      Seorang doctor haiwan yang sah perlu berada di tempat kejadian untuk mengawasi dan mengendalikan damak dan dadah/ubat-ubatan.

2.      Keselamatan mesti diutamakan apabila damak digunakan – kesemua damak dan jarum hendaklah dikutip selepas menembak.

3.      Hanya gunakan jarum yang tajam dan picagari yang telah dibasmi kuman.

                                                                                     v.      Sebarang juga cara yang dapat menjaminkan keselamatan personel, masyarakat awam dan haiwan; serta menghadkan stres dan kecederaan pada haiwan..

c.       Pengangkutan berperikemanusiaan.

a.       Kenderaan haruslah di periksa dan diluluskan oleh JPH sebelum digunakan dan diperiksa kesesuaiannya setiap tahun.

b.      Kenderaan mesti mempunyai pengedaran udara yang baik dan perlindungan daripada sinaran matahari terus ataupun hujan.

c.       Kenderaan perlulah dibasmi kuman selepas setiap operasi menangkap anjing.

d.      Sebaik-baiknya, setaip ekor anjing dimasukkan ke dalam sangkar yang berasingan di dalam kenderaan.

e.       Elakkan himpitan – hadkan jumlah anjing mengikut saiz kawasan sangkar, contohnya 2m2  untuk setiap ekor anjing.

f.        Kurangkan jangka masa haiwan-haiwan di dalam kenderaan itu – semua anjing mestilah dihantar serta-merta ke tempat kurungan haiwan setelah ditangkap.

 

d.      Program Latihan

a.       Sebuah program penangkapan haiwan yang komprehensif mesti diwajibkan untuk kesemua personel.  

b.      Latihan mestilah menekankan pada cara-cara perikemanusiaan dalam penangkapan haiwan, untuk mengurangkan stres dan kecederaan pada haiwa-haiwan tersebut.

c.       Hanya personel yang lulus program latihan itu dibenarkan menangkap sebarang haiwan.

d.      Kesemua personel diwajibkan menghadiri latihan ulang kaji setiap tahun.

e.       Latihan boleh disediakan oleh organisasi kebajikan haiwan, dengan sukatan pelajaran yang dibenarkan oleh JPH.


PERLESENAN / PERATURAN

 

MATLAMAT

  1. Menyediakan pengenalan untuk haiwan
  2. Menghalang pembuangan/kekejaman
  3. Mempromosikan pengembirian

 

  1. Pengenalan
    1. Penggunaan Mikrocip

                                                               i.      Penggunaan Mikrocip diwajibkan untuk kesemua anjing yang berumur 3 bulan dan ke atas.

                                                             ii.      Data anjing dan pemilik/tuan dikompilasikan oleh setiap majlis perbandaran dan pangkalan data kebangsaan.

                                                            iii.      Sebarang perubahan perlu dikemaskinikan dengan serta merta.

                                                           iv.      Kemasukan mikrocip haruslah dilakukan oleh doktor veterinar yang berkelayakan. Mikrocip hendaklah dimasukkan di garisan tengah di antara tulang kipas.

                                                             v.      Microcip haruslah serasi antarabangsa – bertaraf ISO.

    1. Tag anjing

                                                               i.      Pengenalan yang nyata (dapat dilihat).

                                                             ii.      Kesemua anjing mesti memakai kolar dan tag anjing.

  1. Lesen
    1. Lesen tahunan anjing

                                                               i.      Untuk kesemua anjing yang telah dikembiri – yuran minima, contohnya RM10 setahun.

                                                             ii.      Anjing yang tidak dikembiri – mesti mendapat lesen  pembiakan.

                                                            iii.      Rumah/premis harus diperiksa untuk kesesuaian sebelum permohonan lesen diluluskan.

1.      Ruang dan perlindungan yang sewajarnya

                                                           iv.      Kesemua najing yang berumur 3 bulan dan ke atas mesti memiliki lesen.

    1. Lesen pembiakan

                                                               i.      Harus dikenakan pada setiap anjing yang tidak dikembiri, tanpa mengira sama ada ia dibiak atau tidak.

                                                             ii.      Yuran haruslah lebih tinggi berbanding lesen anjing biasa, contohnya RM200 setahun.

                                                            iii.      Untuk melaporkan sebarang kelahiran dalam tempoh 2 bulan

1.      Jumlah anak anjing dan ciri-ciri

2.      Jualan anak anjing

    1. Lesen dagangan haiwan

                                                               i.      Lesen untuk kedai haiwan peliharaan atau mereka yang menjual anjing/kucing/binatang peliharaan

                                                             ii.      Premis untuk diperiksa sebelum permohonan lessen diluluskan.

1.      Kebersihan yang baik, ruang dan perlindungan yang sewajarnya

                                                            iii.      Peniaga berlesen untuk mendapatkan anjing daripada pembiak berlesen sahaja.

  1. Kursus tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan (RPO)
    1. Semua pemohon lesen anjing atau lessen dagangan haiwan perlu menghadiri kursus RPO terlebih dahulu untuk menanamkan praktis penjagaan haiwan yang baik.
    2. Kursus RPO boleh dilakukan oleh pihak yang disahkan oleh JPH.
    3. Untuk menghubungi JPH, UPM, atau organisasi kebajikan haiwan untuk sukatan RPO yang terkini.
  2. Kembiri
    1. Wajib untuk mengembiri sebelum lesen diluluskan.
    2. Anjing seharusnya dikembiri sebelum berusia 12 bulan, sekiranya tidak, lesen pembiakan diwajibkan.
  3. Denda
    1. Untuk anjing yang ditangkap

                                                               i.      Pemilik/Tuan Kesemua anjing yang ditangkap mestilah dikesan dan pemilik/tuan tetap didenda tidak mengira sama ada anjing tersebut dituntut atau tidak.

    1. Untuk perumahan yang tidak sesuai

                                                               i.      Rumah/premis untuk diperiksa sebelum lesen tahunan diluluskan.

                                                             ii.      Premis peniaga mesti diperiksa dengan kerap dan didenda jika didapati tidak sesuai.

    1. Untuk anjing tanpa lesen

                                                               i.      Denda yang tinggi dikenakan untuk anjing tanpa lesen.

                                                             ii.      Pendaftaran wajib secara serta-merta untuk anjing tanpa lesen.

    1. Untuk kelahiran yang tidak dilaporkan

                                                               i.      Denda yang tinggi dikenakan untuk kelahiran yang tidak dilaporkan.

    1. Untuk perniagaan yang tidak didaftar

                                                               i.      Denda yang tinggi dikenakan untuk peniaga anjing/kucing yang tidak didaftar.

    1. Pesalah berulang

                                                               i.      Denda yang tinggi dikenakan untuk kesalahan yang berulang.

                                                             ii.      Haiwan dirampas daripada pesalah berulang.

                                                            iii.      Pesalah berulang, contohnya kesalahan ketiga, dilarang daripada memelihara haiwan.

                                                           iv.      Pesalah perniagaan haiwan berulang dilarang daripada memohon lesen perniagaan.

 


PENDIDIKAN / KESEDARAN

 

MATLAMAT

Untuk memastikan pendidikan untuk masyarakat berterusan agar meningkatkan keprihatinan terhadap tanggungjawab sebagai tuan kepada  / pemilik haiwan peliharan.

 

 

  1. Bekerjasama dengan JPH, Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan organisasi kebajikan haiwan untuk mendapatkan bahan pendidikan yang tepat, terkini dan telah dikemas kini.
  2. Tanggungjawab kepemilikan/ketuanan haiwan peliharaan (RPO)
    1. Mendidik pemilik /tuan haiwan peliharaan dalam

                                                               i.      Penjagaan dan komitmen terhadap haiwan peliharaan, contohnya:

1.      Makanan dan tempat perlindungan

2.      Komitmen masa

3.      Perbelanjaan

                                                             ii.      Penjagaan kesihatan untuk haiwan peliharaan, contohnya:

1.      Vaksinasi

2.      Pengawalan parasit

3.      Pencegahan penyakit

4.      Pemeriksaan kesihatan yang berkala oleh doktor veterinar

                                                            iii.      Mnafaat mengembiri, contohnya:

1.      Mengurangkan risiko tumor kelenjar mamar

2.      Manfaat perwatakan, contohnya, insiden merayau-rayau dikurangkan

                                                           iv.      Tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan di tempat awam/kawasan perumahan, contohnya:

1.      Membersihkan najis haiwan peliharaan

2.      Mengenakan cawak/ikatan pada anjing setiap masa

3.      Mengenakan muncung pada anjing yang ganas

                                                             v.      Tanggungjawab kejiranan

1.      Menjadi jiran yang bertimbangrasa

2.      Mengelakkan penyalakkan anjing/bunyi bising yang keterlaluan

3.      Menjaga kebersihan

4.      Pengawalan parasit pada haiwan dan persekitaran

5.      Tidak melepaskan anjing keluar rumah tanpa cawak/diikat

                                                           vi.      Tanggungjawab undang-undang, contohnya:

1.      Memohon lessen anjing

2.      Mengenakan mikrocip

    1. Tidak menggalakkan pembelian yang terburu-buru, contohnya:

                                                               i.      Menekankan komitmen masa

                                                             ii.      Kos membela haiwan peliharaan

                                                            iii.      Tanggungjawab penjagaan

                                                           iv.      Tanggungjawab undang-undang

    1. Mendidik masyarakat awam

                                                               i.      Tentang kebersihan – kurangkan sampah di jalanan/pengawalan sampah sarap

                                                             ii.      Tanggungjawab dalam memberi makan kepada haiwan terbiar

                                                            iii.      Program tangkap-kembiri-lepas

  1. Mengadakan kempen/seminar/ceramah yang kerap, contohnya;
    1. Mengadakan kempen di kawasan perumahan setiap bulan
    2. Program “outreach” di kompleks membeli-belah
    3. Ceramah pada majlis-majlis khas, contohnya  pertunjukan haiwan peliharaan
  2. Mengedarkan bahan-bahan didikan melalui
    1. Pejabat majlis perbandaran, contohnya bahagian perlesenan anjing
    2. Industri Haiwan Peliharaan, contohnya kedai binatang peliharaan, salon pendandanan, perumahan haiwan
    3. Klinik haiwan
    4. Sekolah
    5. Penangkap anjing di kawasan penangkapan – kawasan perumahan, pasar dan sebagainya
    6. Media – contohnya majalah haiwan peliharaan, surat khabar dan sebagainya
  3. Klinik Kembiri dan klinik haiwan
    1. Bekerjasama dengan organisasi kebajikan haiwan dan doktor haiwan swasta
    2. Dapat berkomunikasi secara langsung dengan pemilik/tuan kepada haiwan peliharaan berkenaan dengan subjek RPO.

 


EUTANASIA

 

MATLAMAT

Untuk mengeutanasiakan haiwan atas dasar perikemanusiaan dengan  menyebabkan ketidaksedaran yang pantas, diikuti dengan kematian supaya haiwan tersebut tidak menanggung azab yang keterlaluan (yang tidak menyebabkan kesakitan, penderitaan dan kebimbangan yang keterlaluan).

 

  1. Eutanasia harus dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang doktor veterinar yang memiliki perakuan amalan tahunan terkini yang diperolehi dari Pendaftar Doktor Veterinar Malaysia. Seharusnya terdapat seorang personel yang membantu doktor veterinar untuk mengawal dan menenangkan haiwan tersebut.
  2. Terdapat beberapa kategori haiwan yang perlu dieutanasiakan dengan segera ketika dibawa masuk ataupun apabila diperlukan:
    1. Haiwan yang menghidap penyakit yang membawa maut dan haiwan yang menghidap penyakit yang berjangkit (kurap / distemper /  parvovirus dan sebagainya) yang mampu merebak dengan pantas kepada haiwan-haiwan lain di dalam kurungan.
    2. Haiwan yang tidak boleh ditempatkan semula. Ini termasuk haiwan yang sangat agresif (sama ada sifat semulajadi mahupun kesan daripada diri mereka yang diikat sepanjang masa) dan kesemua haiwan liar yang tidak biasa dengan manusia.
    3. Haiwan yang mengalami kecederaan yang parah atau mengalami kecacatan yang teruk - kecacatan kongenital dan sebagainya.   
    4. Haiwan yang sangat tua atau sangat muda (dari anak haiwan yang baru lahir sehingga yang berumur lebih kurang 8 minggu).
    5. Haiwan yang diserahkan oleh tuan / pemilik mereka yang memohon agar euthanasia dilakukan. Sebaik-baiknya, tuan /pemilik haiwan itu harus menandatangani borang permintaan/borang kebenaran.
  3. Eutanasia haiwan yang telah berada di tempat kurungan itu untuk suatu jangka masa yang tetap. Jangka masanya haruslah berdasarkan kepada kapasiti tempat kurungan haiwan itu dan tekanan terhadap ruang kurungan akibat haiwan yang baru dibawa masuk.
  4. Cara Eutanasia:
    1. Ubat penenang atau anestetik diberikan terlebih dahulu kepada haiwan yang meragam.
    2. Cara yang diterima ialah:

                                                               i.      Cara Intravena (IV)

                                                             ii.      Cara Intrakardiak, hanya selepas haiwan itu tidak sedarkan diri atau dianestasiakan dengan berat.

                                                            iii.      Cara Intraperitoneal untuk kucing, anak kucing dan anak anjing, sekiranya cara IV adalah sukar atau tidak praktikal, sebaik-baiknya mereka di beri ubat penenang atau dianestasiakan dahulu.

    1. Gunakan jarum yang bersih dan tajam dengan saiz lubang dan panjang yang sesuai. Jarum kemudiannya dibuang dengan sepatutnya selepas digunakan.
    2. Eutanasia yang paling berperikemanusiaan adalah dengan memberikan suntikan sodium pentobarbital (sejenis barbiturat). Cara-cara lain euthanasia hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar Doktor Veterinar Malaysia/JPH sebelum dijalankan.
  1. Proses eutanasia:
    1. Adalah paling baik dilakukan di dalam sebuah persekitaran yang tertutup dan senyap, dengan mengambil kesemua langkah perlu untuk mengurangkan stres pada haiwan tersebut.
    2. Sekiranya haiwan itu amat terangsang, adalah lebih baik untuk memberikan ubat penenang untuk menenangkannya terlebih dahulu.
    3. Apabila ia telah tenang, ambil langkah-langkah berikut:

                                                               i.      Tahan haiwan tersebut agar proses eutanasia dapat dilakukan dengan lancar.

                                                             ii.      Ucapkan sedikit kata-kata mententeramkan dan disertakan dengan pengendalian yang sesuai agar haiwan kekal tenang.

                                                            iii.      Suntikkan larutan eutanasia dengan perlahan agar memberikan kesan anestesia sebelum diikuti maut.

                                                           iv.      Pastikan kematian haiwan tersebut

                                                             v.      Kendalikan karkas haiwan itu dengan baik; sama ada ditanam mahupun dibakar.

                                                           vi.      Jika perlu, nyahjangkitkan permis dan peralatan dengan sempurna.


KEMBIRI

 

MATLAMAT

Untuk menggalakkan pengembirian sebagai cara untuk mengawal populasi

 

  1. Haiwan yang dituntut / diadoptasi dari tempat kurungan haiwan
    1. Kesemua anjing/kucing haruslah dikembirikan sebelum dipulangkan kepada tuan/pemiliknya.
    2. Kesemua anjing/kucing yang dibenarkan untuk diadoptasi mestilah dikembirikan sebelum dilepaskan.
  2. Subsidi / skima pengembirian kos rendah
    1. Mendapatkan penyertaan JPH, Pendaftat Doktor Veterinar Malaysia (MVC), doktor veterinary tempatan dan organisasi kebajikan haiwan, di mana yang berkenaan (contohnya, SPCA).
    2. Menubuhkan “Klinik Kembiri” pada lokasi yang sesuai

                                                               i.      Klinik yang mempunyai bilik bedah, bilik persediaan dan wad berasingan, yang diluluskan oleh MVC/JPH.

                                                             ii.      Pengembirian hanya dilakukan oleh doktor veterinary yang berkelulusan dan didaftarkan sahaja

                                                            iii.      Adalah penting untuk mempunyai program pemantauan selepas-bedah.

                                                           iv.      Pembedahan dilakukan di bawah keadaan yang memuaskan, untuk mengurangkan komplikasi dan penderitaan, dengan:

1.      Anestesia yang mencukupi

2.      Analgesia yang mencukupi

3.      Teknik aseptik yang sesuai

    1. Kadar bersubsidi di klinik swasta

                                                               i.      Menyediakan skima subsidi dengan pakar haiwan swasta.

  1. Perlesenan anjing
    1. Yuran perlesenan untuk anjing yang telah dikembiri dikurangkan dengan banyak.
    2. Anjing yang tidak dikembiri akan dikenakan yuran pembiakan – lebih tinggi berbanding yuran anjing yang telah dikembirikan.
    3. Untuk mendidik tuan/pemilik yang ingin mendapatkan lesen anjing kebaikan pengembirian.
  2. Mempromosikan pengembirian
    1. Pendidikan/ seminar / kempen/ ceramah dan sebagainya

                                                               i.      Diadakan dengan kerap, contohnya, satu kali sebulan, mensasarkan  penduduk yang memiliki haiwan peliharaan dan yang akan membela haiwan peliharaan di masa hadapan

    1. Mengedarkan bahan pendidikan

                                                               i.      Risalah, poster, brosur, dan sebagainya untuk diedarkan kepada masyarakat awam akan manfaat pengembirian

                                                             ii.      Mempromosikan pengembirian kepada mereka yang berpendapatan rendah dengan mengedarkan risalah yang mempromosikan Klinik Kembiri atau senarai doktor veterinar terlibat yang  memberikan khidmat pengembirian bersubsidi.

                                                            iii.      Mempromosikan yuran lesen yang rendah untuk anjing yang telah dikembiri.

                                                           iv.      Contoh tempat pengedaran bahan-bahan berikut:

1.      Pejabat Lesen Anjing

2.      Klinik Haiwan

3.      Kedai menjual binatang peliharaan

4.      Salon pendandanan

5.      Parsatuan Penduduk

6.      Sekolah

7.      Tempat perlindungan haiwan

8.      Tempat kurungan haiwan

9.      Pusat membeli-belah

    1. Media.

                                                               i.      Untuk mempromosikan pengembirian dengan menyiarkan rencana-rencana dengan tetap melalui media seperti:

1.      Surat khabar

2.      TV

3.      Radio

4.      Internet

    1. Melalui klinik kerajaan, klinik swasta, Klinik Kembiri

                                                               i.      Kaki tangan klinik untuk berbicara dan mempromosikan manfaat pengembirian kepada pelanggan dan masyarakat

                                                             ii.      Poster dan bahan didik yang diedarkan melalui klinik

                                                            iii.      Mengambil bahagian dalam program-program subsidi

 


TUNTUTAN  / ADOPSI

 

MATLAMAT

  • Untuk membenarkan tuan/pemilik menuntut haiwan peliharaan mereka
  • Untuk menempatkan semula haiwan peliharaan yang sesuai kepada pemilik baru yang sesuai
  • Untuk mengurangkan jumlah haiwan peliharaan yang dieutanasiakan

 

 

  1. Haiwan peliharaan disimpan selama 14 hari untuk membolehkan mereka dituntut oleh tuannya sebelum dieutanasiakan, kecuali:
    1. Jika mereka perlu dieutanasikan dengan segera
    2. Kekurangan tempat
    3. Telah dituntut oleh tuannya
  2. Haiwan peliharan yang mempunyai sebarang pengenalan
    1. Untuk memeriksa kesemua haiwan peliharaan yang dibawa ke tempat kurungan haiwan/paun untuk tag pengenalan ataupun mikrocip.
    2. Untuk menghubungi tuan / pemilik haiwan peliharaan dengan serta-merta apabila haiwan itu ditangkap dan dibawa ke tempat kurungan haiwan/paun.
    3. Untuk mengeluarkan saman keterbiaran/peninggalan kepada tuan / pemilik haiwan apabila haiwan-haiwan tersebut dikenalpasti, dengan meningkatkan kadar denda terhadap pesalah berulang.
  3. Kesedaran/keprihatinan tempat kurungan haiwan / paun
    1. Untuk meningkatkan kesedaran terhadap kewujudan dan lokasi tempat kurungan haiwan / paun.

                                                               i.      Mempamerkan poster

                                                             ii.      Mengedarkan risalah

    1. Untuk memberitahu penduduk apabila haiwan peliharaan/anjing ditangkap dari kawasan perumahan itu
  1. Pemilihan haiwan peliharaan yang seuai untuk penempatan semula
    1. Haiwan yang sesuai dipilih

                                                               i.      Pembawaan / perangai yang baik

                                                             ii.      Muda

                                                            iii.      Perwatakan yang terpilih, contohnya warna bulu yang memikat / menawan hati

    1. Haiwan yang terpilih diasingkan daripada kumpulan/populasi am.
    2. Anjing/kucing mestilah sihat, divaksinkan dan dikembirikan sebelum ditempatkan semula
    3. Haiwan yang terpilih diberikan rangka masa untuk adopsi, contohnya, 2 bulan
    4. Untuk membenarkan pengangkat yang sesuai memilih dan menempah haiwan peliharaan daripada kumpulan / populasi am.
  1. Pemilihan pengangkat
    1. Untuk ditemu ramah dan rumah mereka diperiksa akan kesesuaiannya.
    2. Untuk memohon lesen anjing dan anjing diberi mikrocip atau ditag sewajarnya.
    3. Untuk membayar yuran adopsi, yang dapat meliptuti kos pemvaksinan dan pengembirian.
    4. Boleh melantikkan organisasi kebajikan haiwan untuk membuat pemeriksaan kesesuaian pengangkat
    5. Haiwan yang sesuai boleh dihantarkan ke organisasi kebajikan haiwan atau tempat perlindungan haiwan untuk pemulihan dan penempatan.

 

 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  If you wish to stop future mailings, or if you feel you have been wrongfully placed in our mailing list,
  please $UNSUBSCRIBE_URL$ to Unsubscribe. Please do not reply this email.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------